Entri Cikgu Ruby

get this widget here

Saturday, December 15

Dokumen Standard Kurikulum KSSR Tahun 1


Portal Rasmi Bilik Gerakan KSSR Negeri Johor

Pelajar PSV dan Hasil Seni Mereka













Friday, December 7

BANK SOALAN DAN NOTA UPSR


Bank Soalan Dan Nota Mata Pelajaran UPSR

Tuesday, December 4

Sistem Pengurusan Pembelajaran Bahasa Melayu Tahun 6


Sistem Pengurusan Pembelajaran Bahasa Melayu Tahun 6

Saturday, December 1

Kurikulum Standard Sekolah Rendah(KSSR) Bahasa Malaysia Tahun Satu Sekolah Kebangsaan


Bahasa Malaysia Tahun Satu Sekolah Kebangsaan

Saturday, November 24

Bahasa Melayu adalah bahasa perpaduan Satu Malaysia

Melalui wawancara satu ketika dahulu dalam sebuah akhbar mingguan, mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir menyatakan rasa kesalnya terhadap pemansuhan PPSMI. Katanya dengan pemansuhan tersebut dikhuatiri pelajar bukan bumiputera tidak berminat lagi untuk belajar di sekolah kebangsaan yang akan mengakibatkan hubungan kaum akan renggang memandangkan mereka akan belajar di sekolah pelbagai aliran. Kenyataan Tun tersebut dikhuatiri diperalatkan oleh pihak-pihak tertentu yang masih berusaha dan menyebar pemikiran yang bersungguh-sungguh untuk menjadikan bahasa Inggeris sebagai “bahasa perpaduan” bagi bangsa-bangsa di negara ini. Kenyataan dan pemikiran sebegini sama sekali tidak dapat diterima bagi negara ini apatah lagi bagi konsep Satu Malaysia yang antara terasnya yang amat penting ialah satu bahasa sebagai bahasa perpaduan di samping bahasa-bahasa bangsa atau kaum lain di negara ini tidak dihalang, malah perlu digalakkan untuk dipelajari oleh semua bangsa. Sejarah negara sebelum merdeka dan awal pascamerdeka perlu dihayati oleh semua bangsa yang mendiami negara ini. 

Sejak mencapai kemerdekaan malah hatta sebelum merdeka lagi bahasa Melayu telah menjadi bahasa perhubungan sehari-hari antara kaum yang ada di Tanah Melayu pada ketika itu. Lihat saja paparan watak seperti yang digambarkan oleh Seniman Agung P.Ramlee lewat filemnya. Watak “Apek, Cheti, Benggali” begitu bersahaja menggunakan bahasa Melayu bukan sahaja dalam bentuk bahasa pasar, malah juga dalam bahasa yang begitu baik semasa berbual. Inilah jati diri bagi negara ini dan yang perlu dipertahankan sejak dulu, kini dan selama-lamanya, bukannya mengambil satu bahasa dari negara lain untuk bersama-sama memainkan peranan sebagai bahasa perpaduan apatah lagi jika untuk mengambil alih peranan bahasa Melayu tersebut sebagai bahasa ilmu di samping bahasa perpaduan. Mungkin sebelum merdeka bahasa Melayu merupakan bahasa kebangsaan orang Melayu. Tetapi selepas merdeka, jelas ternyata bahasa Melayu ialah bahasa kebangsaan negara Malaysia dan pastinya bagi semua warganegara tanpa mengira bangsa atau kaum. 

Berdasarkan sejarah negara ini, tidak ada bahasa lain yang lebih layak dan mampu menjadi bahasa perpaduan selain bahasa Melayu. Bahasa Melayu satu-satunya bahasa yang benar-benar “merakyat” dari Padang Besar di utara semenanjung ke Tanjung Piai di selatan Johor, dari kawasan pedalaman Hulu Tembeling ke Ba Kelalang di Sarawak dan Pulau Sebatik di Sabah. Bahasa Melayu difahami oleh Rozie di Bukit Damansara, Pak Teh Ucu di Gua Musang dan adik Balan Sing di Kapit Sarawak berbanding bahasa Inggeris yang dijadikan bahasa asing yang terpenting di negara ini. Justeru bahasa Melayu perlu kita junjung dan bahasa Inggeris perlu dikendung. Janganlah pula kita jadikan sebaliknya terutama dalam amalan seharian.

Sumber :  Persatuan Linguistik Malaysia (PLM)

Thursday, November 15

Latar Belakang House Of Healin

Dato Prof. Dr. Hassan Yaacob menubuhkan Healwell Pharmaceuticals Sdn Bhd, seorang penyelidik dari Universiti Malaya yang bertukar menjadi seorang usahawan. Beliau adalah pemegang PhD di dalam Clinical Pharmacology dari Royal College of Surgeons of England, London dan seorang Pakar Gamat yang terkenal di Malaysia. Beliau adalah Pengerusi Eksekutif / Ketua Pegawai Eksekutif kepada Healwell Pharmaceuticals Sdn Bhd. Beliau adalah pemegang ijazah kedoktoran (PhD) dalam bidang Clinical Pharmacology, Royal of Surgeons of England, London. Menyedari kelebihan serta potensi hidupan Gamat yang boleh menyumbang kepada bidang perubatan, beliau telah memulakan penyelidikan Gamat secara serius di Jabatan Farmakologi, Fakulti Perubatan Universiti Malaya pada tahun 1990. Beliau telah ditaja oleh IRPA program (Intensive Research in Priority Area, Kementerian Sains & Teknologi dan Alam Sekitar , Malaysia). Penyelidikannya ke atas keajaiban gamat dilanjutkan di University of Kyushu dan University of Toyamma Jepun pada tahun 1995-1996 dan berterusan sehingga sekarang.

Sepanjang penyelidikan dan pembangunan produk-produk yang berasaskan gamat, beliau telah dianugerahkan dengan Pingat Emas MINDEX (Malaysian Invention and Discovery) pada tahun 1994 dan Hitachi Science Fellowship Research Award 1995 di Jepun. Setelah lebih dari 10 tahun melakukan penyelidikan dan pembangunan gamat, beliau telah berjaya mengeluarkan produk berasaskan gamat secara komersial di bawah jenama HEALIN. Kesemua rangkaian produk Healin dan AG2000 yang beliau asaskan kini hanya di pasarkan melalui pengusaha rangkaian gedung francais House Of Healin yang di lantik melalui syarikatnya Eastern Biotech Resources Sdn Bhd. yang berada di seluruh negara.

Produk Healin memberi penekanan kepada suplemen kesihatan yang berasaskan tulenan Gamodulin dan 'Advanced Skin Care Technology (AG2000)'.EBRSB bersedia untuk menjadi syarikat terunggul untuk memasarkan produk berasaskan marin di bawah jenama HEALIN dan AG2000 di Malaysia melalui rangkaian pengedaran yang luas yang dikenali sebagai HOUSE OF HEALIN

Friday, November 9

Mari Belajar Bahasa Melayu


Friday, November 2

Kata Majmuk Yang Telah Mantap

Terdapat sebilangan kecil bentuk kata yang penggunaannya sudah dianggap mantap sebagai satu perkataan yang utuh, walaupun bentuk kata tersebut ternyata mengandungi dua kata dasar. Perkataan yang sedemikian tetap dieja sebagai satu perkataan. Bentuk-bentuk kata tersebut adalah:

antarabangsa
apabila
apahal
apakata
apalagi
bagaimana
barangkali
beritahu
bumiputera
darihal
daripada
dukacita
jawatankuasa
kakitangan
kepada kerjasama
manakala
manalagi
olahragapadahal
pesuruhjaya
sediakala
setiausaha
sukacita
sukarela
suruhanjaya
tandatangan
tanggungjawab
warganegara

Wednesday, October 24

Contoh Karangan Ucapan

Berikut contoh karangan ucapan sempena Hari Guru.

Salam sejahtera saya ucapkan kepada Tuan Guru Besar,Guru Penolong Kanan,guru-guru dan rakan sekalian.Saya sebagai wakil murid,ingin mengucapkan selamat menyambut Hari Guru kepada semua guru  di sekolah ini.

Hadirin  sekalian,

     Tarikh 16 Mei setiap tahun telah dipilih sebagai Hari Guru. Hari ini merupakan hari  yang amat sesuai untuk kita mengadakan sambutan bagi mengenang dan menghargai jasa guru.Oleh itu marilah kita menghargai jasa guru.
 Rakan-rakan  sekalian,
     Guru ialah insan yang mendidik,mengasuh dan membimbing kita hingga kita dapat mencapai kejayaan.Kesungguhan mereka mendidik kita amatlah besar nilainya dan wajar dikenang sepanjang hayat.Mereka tidak pernah jemu mengajar kita supaya kita dapat mengenal huruf ,membaca dan mengira.

     Guru juga adalah  ibu bapa kita di sekolah.Oleh itu,kita mestilah menghormati guru.Segala nasihat  guru mestilah kita dengar dan patuhi.Jangan sesekali kita abaikan segala nasihat mereka.

Rakan sekalian,

    Guru adalah orang yang sering memberi semangat kepada kita untuk rajin belajar.Mereka sedia  mendengar  segala masalah yang kita tidak fahami dalam pelajaran.Oleh itu guru adalah pendidik yang sangat berdedikasi semasa mengajar kita di sekolah.

     Sesungguhnya jasa guru tidak ternilai harganya.Guru ibarat lilin yang membakar diri untuk menerangi orang lain.Wahai para guru yang kami sayangi,jutaan terima kasih kami ucapkan kerana tidak pernah jemu mendidik kami dengan sabar .

 Sekian , terima kasih.

Sumber : BM UPSR